Cari @ Amanz

Siri komputer riba produktiviti Acer Aspire dikenali ramai sebagai komputer riba produktiviti mampu-milik yang sesuai untuk para pelajar dan pegawai pejabat untuk melakukan tugasan-tugasan harian biasa.

Acer Malaysia hari ini mengumumkan bahawa Acer Aspire terkini, iaitu Acer Aspire 3 dan 5 kini di pasaran tempatan dengan komponen-komponen terbaru.

Bermula dengan Acer Aspire 3, ia adalah sebuah komputer riba 15.6 inci dengan resolusi Full HD yang dikuasakan oleh CPU Intel Core i5-1035G1 dengan memori DDR4 sebanyak 4GB dan storan SSD sebesar 512GB yang boleh ditambah dengan SSD SATA jika diperlukan.

Acer Aspire 5 pula hadir dengan paparan bersaiz 14 inci dan menggunakan komponen-komponen yang sama. Menariknya, kedua-dua komputer riba ini hadir dengan pilihan untuk menaiktarafkan memori kepada 20GB.

Kedua-dua komputer riba ini juga hadir dengan rekaan warna yang unik. Untuk Acer Aspire 3, ia hadir dengan pilihan warna Obsidian Black dan Indigo, manakala Acer Aspire 5 pula mempunyai pilihan warna Magic Purple. Acer Aspire 3 dan Aspire 5 ini boleh dibeli di kedai fizikal dan atas talian pada harga RM2599.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd