TikTok Memfailkan Saman Ke Atas Kerajaan Amerika Syarikat

TikTok Memfailkan Saman Ke Atas Kerajaan Amerika Syarikat

Diterbitkan pada Ogos 25, 2020 oleh .

TikTok hari ini memfailkan saman ke atas pentadbiran Trump di Amerika Syarikat kerana mengharamkan TikTok di negara tersebut.

Tiktok mengatakan mereka mempunyai lebih 100 juta pengguna di Amerika Syarikat, selain mempunyai 1500 pekerja di negara tersebut sahaja. Ini sekaligus memperlihatkan TikTok mempunyai komuniti yang aktif dan membangun di negara berkenaan, dan arahan Trump menghalang perkembangan komuniti tersebut tanpa sebarang sebab yang munasabah.

TikTok juga tidak bersetuju dengan kedudukan Amerika Syarikat yang mengatakan TikTok membawa kepada ancaman sekuriti – dan telah menidakkan hal berkenaan beberapa kali sebelum ini. Sehingga kini, ia diperkatakan kerajaan Amerika Syarikat tidak memperlihatkan sebarang bukti berkaitan tuduhan yang dilemparkan ke atas TikTok.

TikTok Amanz

TikTok sebelum ini sedia menekankan mereka mengasingkan data pengguna dengan menyimpannya di pusat data Amerika Syarikat dan Singapura – sekaligus tidak tertakluk kepada undang-undang di China, dan diasingkan dari produk ByteDance yang lain.

Dengan langkah terbaru ini, semestinya ramai yang kini akan melihat kepada kehakiman di Amerika Syarikat sama ada akan terus membenarkan TikTok atau mengharamkan ia mengikut apa yang diarahkan kerajaan Amerika Syarikat.



TIPS & ULASAN