Unifi Kini Menawarkan Pelan 500Mbps Dan 800Mbps

Unifi Kini Menawarkan Pelan 500Mbps Dan 800Mbps

Diterbitkan pada Ogos 25, 2020 oleh .

Telekom Malaysia kini dilihat telah mula menawarkan dua lagi pakej Unifi baru untuk para pengguna, iaitu pakej dengan kelajuan muat-turun mencapai 500Mbps dan 800Mbps.

Untuk makluman, kedua-dua pakej ini telah ditawarkan dalam bentuk naik-taraf kepada pelanggan sedia ada sebelum ini, dan ia hanya dibuka kini untuk pendaftaran pengguna baru.

Unifi 500Mbps dilihat menawarkan harga langganan bulanan sebanyak RM309 sebulan, sementara 800Mbps pula ditawarkan pada harga RM409 sebulan. Namun, untuk tempoh promosi, Unifi 500Mbps ditawarkan pada harga RM249 sebulan, dan 800Mbps pada harga RM349 sebulan.

Langganan pakej ini juga hadir dengan penawaran Unifi TV, dan dua Mesh WiFi Deco M9 Plus secara percuma.

Bagi anda yang berminat, boleh mendaftar pelan Unifi baru ini melalui halaman rasmi mereka hari ini.

Daftar : Unifi 500Mbps / 800Mbps



TIPS & ULASAN