Kecerdasan Buatan Ini Membuang Bayang-Bayang Pada Gambar Wajah Secara Automatik

Kecerdasan Buatan Ini Membuang Bayang-Bayang Pada Gambar Wajah Secara Automatik

Diterbitkan pada Ogos 25, 2020 oleh .

Gambar potret yang diambil secara profesional berkualiti lebih baik kerana pencahayaan dapat dikawal dengan baik oleh juru foto. Tetapi berapa ramai di antara kita yang mempunyai akses kepada lampu studio dan pengetahuan mendalam mengenai fotografi? Hasilnya ialah gambar potret yang diambil mempunyai masalah bayang-bayang atau kulit berkilat yang mencacatkan pemandangan.

Penyelidik dari Google, MIT, dan University of California, Berkeley telah membangunkan sebuah kecerdasan buatan yang mampu membuang dua masalah ini secara automatik. Masalah yang kerap dilihat pada gambar potret ialah bayang-bayang dari tangan yang memegang kamera untuk swafoto dan dari topi yang dipakai. Bahagian kulit yang berkilat pula berlaku kerana sinaran matahari yang terlalu terang.

Imej asal barisan atas dan imej dimanipulasi di barisan bawah

Kecerdasan buatan dilatih untuk menganalisa ribuan gambar yang diambil dengan dan tanpa bayang-bayang. Selepas dilatih kecerdasan buatan ini akan dapat menghilangkan bayang-bayang pada wajah dan juga masalah kulit berkilat. Ia masih lagi belum sempurna kerana masih di peringkat awal. Ada hasil manipulasi yang kelihatan palsu atau wajah yang terlalu terang dihasilkan.

Google telah lama menggunakan kecerdasan buatan untuk meningkatkan kualiti gambar pada peranti Pixel mereka seperti menghasilkan imej bokeh yang baik tanpa menggunakan dwi-kamera.. Maka tidak mengejutkan jika kecerdasan ini digunakan pada telefon pintar Pixel di masa hadapan,



TIPS & ULASAN