Robot Dengan LiDAR Membantu Askar Mengesan Musuh Dan Bom Tersembunyi

Robot Dengan LiDAR Membantu Askar Mengesan Musuh Dan Bom Tersembunyi

Diterbitkan pada Ogos 25, 2020 oleh .

Musuh utama tentera bersekutu yang bertugas di Iraq dan Afghanistan ialah bom kawalan jauh yang diletakkan di laluan utama kenderaan. Tentera musuh juga bijak menyorok pada landskap yang terbuka luas. Maka jalan penyelesaiannya ialah dengan menggunakan robot dilengkapi sensor LiDAR (Light Detection and Ranging).

LiDAR mampu mengesan perubahan kecil pada landskap kerana menyimpannya dalam bentuk imej 3D yang mungkin mustahil untuk dilihat oleh manusia. Ia kemudian akan mengumumkan penemuan ini kepada askar yang bertugas secara masa nyata untuk menilai sama ada ia mendatangkan bahaya (seperti bom yang ditanam) ataupun tidak.

Penyelidik Tentera Amerika Syarikat membayangkan sistem robot ini dapat diintegrasikan dengan peranti realiti gabungan IVAS (Integrated Visual Augmentation System) yang akan dipakai oleh anggota infantri di masa hadapan.

Penggunaan robot di medan perang akan bertambah. Tentera Amerika Syarikat telahpun menggunakan dron mini untuk tujuan pemantauan manakala tentera udara pula membangunkan dron swaterbang Skborg yang terbang bersama juruterbang manusia.



TIPS & ULASAN