Cari @ Amanz

Spesifikasi Samsung Galaxy M51 Kini Tertiris

Link Copied!

Samsung Galaxy M51 menjadi bualan sejak kebelakangan ini. Masakan tidak, peranti ini dikhabarkan akan hadir dengan bateri besar 7,000mAh. Imej pengolokan mengenainya juga kini telah mula diperlihatkan dengan sokongan paparan berlubang pada panel hadapan.

Kali ini, terdapat dakwaan baru pula yang mengatakan spesifikasi peranti kini telah tertiris. Samsung Galaxy M51 mungkin membawakan paparan bersaiz 6.67-inci Super AMOLED dengan kadar segar semula standar 60Hz. Ia juga dipercayai membawakan sokongan empat kamera utama dengan konfigurasi 64-Megapixel (f/1.8) + 12-Megapixel (f/2.2) + 5-Megapixel (f/2.4) + 5-Megapixel (f/2.4) (Macro). Kamera hadapan pula sebesar 32-Megapixel.

Apa yang mungkin menjadi penarik utama adalah bateri 7,000mAh pada peranti ini. Bateri ini turut menyokong pengecasan pantas 25W. Seterusnya, peranti ini juga dipercayai menjalankan sistem operasi Android 10 terkini.

Mesra diingatkan, segala maklumat dikongsi ini masih di peringkat ura-ura dan belum diketahui kesasihannya. Jika ianya benar, nampaknya kita dapat melihat penawaran telefon pintar dengan bateri lebih besar 6,000 ke atas membanjiri pasaran tidak lama lagi.


Komen ()