Tertiris: Imej Pengolokan Penuh Pixel 4a 5G Diperlihatkan

Tertiris: Imej Pengolokan Penuh Pixel 4a 5G Diperlihatkan

Diterbitkan pada Ogos 25, 2020 oleh .

Google Pixel 4a baru sahaja dilancarkan pada awal bulan Ogos, tidak sampai dua bulan – iaitu Oktober Google mungkin akan melancarkan Pixel 4a 5G dan juga Pixel 5. Pixel 4a 5G adalah sebuah peranti yang berbeza dengan Pixel 4a, bukan hanya dari segi dalaman – tetapi turut dari segi saiz, kamera dan lain-lain lagi. Sebelum ini, spesifikasi peranti ini telah pun tertiris dan kini imej pengolokan baru yang tertiris memperlihatkan rekaan penuh peranti ini.

Ia akan menggunakan saiz skrin 6.1 – 6.2 inci OLED dengan rekaan skrin berlubang untuk kamera swafoto. Elemen rekaan masih mirip dengan Pixel 4a, tetapi lebih besar dan masih mengekalkan port bicu audio. Dimensi adalah 153.9 x 74 x 8.6 mm, skrin rata dan akan mengekalkan panel belakang dengan kemasan matte. Pixel 4a 5G ajan dijana dengan Snapdragon 765G, yang mana adalah sama dengan Pixel 5 dan dipadankan dengan memori 6GB RAM serta storan dalaman berasaskan UFS 2.1.

Skrin adalah jenis 60Hz sahaja, bateri 3800mAh, dan mempunyai tetapan dwi-lensa yang mana mungkin adalah lensa biasa dan lensa sudut ultra lebar (harapnya bukan telefoto seperti Pixel 4). Harga jualan peranti ini adalah $499, iaitu sekitar RM2080.



TIPS & ULASAN