Cari @ Amanz

Apabila bercakap mengenai pencarian peranti yang hilang, pasti ramai akan katakan peranti-peranti dari Apple adalah yang terbaik. Melalui aplikasi Find My, pengguna boleh mencari peranti mereka walaupun tiada rangkaian selular. Untuk peranti Android, Google sendiri ada aplikasi khusus untuk mencari peranti hilang – begitu juga dengan pengeluar peranti. Tetapi semuanya memerlukan akses Internet.

Terkini, peranti Samsung sudah boleh dijejak melalui aplikasi Find My Mobile – walaupun tiada rangkaian selular. Peranti Samsung ini akan mencari peranti Samsung lain atau aksesori seperti Galaxy Buds/Galaxy Watch, melalui alamat MAC dari penyiaran rangkaian Bluetooth. Ini bermakna, peranti yang hilang haruslah berada di dalam jarak yang dekat dan bukannya jauh.

Buat masa ini, ia hanya berfungsi untuk peranti Samsung di Amerika Syarikat dan Korea sahaja – yang mana kedua-dua peranti di negara ini adalah janaan cip Snapdragon. Aplikasi Find My Mobile yang sumber gunakan pula adalah yang terkini iaitu versi – v7.2.05.44.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd