Cari @ Amanz

Western Digital My Passport SSD Ditawarkan Di Malaysia Pada Harga Bermula RM599

Link Copied!

Western Digital My Passport SSD dilancarkan minggu lalu dengan storan SSD NVMe yang jauh lebih berbanding model dengan cakera keras. Bagi mereka yang ingin membelinya di Malaysia, ia mula dijual hari ini pada harga RM599 untuk model 500GB, RM1069 untuk model 1TB dan RM1999 untuk model 2TB.

Dengan storan SSD kelajuan membaca 1050 MB/s dan kelajuan menulis 1000 MB/s boleh dinikmati dengan sokongan standard USB-C 3.2 Gen 2. Selain storan SSD yang lebih pantas, rekaan kerangka juga lebih padat 10 x 5.5 x 0.8 cm dan lebih dibulatkan. Ia masih mempunyai kemampuan kalis hentakan terjatuh dari ketinggian 1.98 meter.

Untuk menikmati kelajuan maksimum, kabel USB-C ke USB-C diperlukan tetapi Western Digital menyertakan penyesuai USB-C ke USB-A dengan setiap pembelian. Pada waktu ini hanya model dengan kerangka kelabu ditawarkan di Malaysia menerusi penjual di Laz Mall dan Shopee Mall.


Komen ()