Realme Design Studio Dibuka Secara Rasmi

Realme Design Studio Dibuka Secara Rasmi

Diterbitkan pada Ogos 25, 2020 oleh .

Realme Design Studio kini dibuka secara rasmi, sebentar tadi. Menggabungkan elemen teknologi dan karya kreatif, ia merupakan studio pertama Realme di Malaysia. Studio ini juga merupakan hasil kerjasama Realme dengan sejumlah pereka terkenal seperti Narato Fukusawa dan Jose Levy dalam menghasilkan produk yang relevan mengikut trend semasa.

Pembukaan studio ini menandakan satu lagi sejarah baharu buat Realme dalam terus memberikan yang terbaik buat para peminat setia. Difahamkan, pembinaan untuk studio ini hanya mengambil masa sekitar 20 hari sahaja dan hiasan dalamannya turut menerima sentuhan daripada sejumlah pereka terkenal.

Dalam perkembangan lain, Realme juga akan mengadakan festival khas untuk para peminat pada 28 – 31 Ogos ini. Festival ini akan menampilkan persembahan menarik daripada sejumlah selebriti tempatan terkenal dan pelbagai lagi aktiviti menarik lain turut akan diadakan.

Realme Design Studio terletak di Lot : 58370 , Jalan Sungai Penchala , Kampung Sungai Penchala, 60000, Kuala Lumpur. Ataupun, anda hanya perlu taip sahaja ‘Realme Design Studio‘ pada aplikasi Waze dan Google Maps.



TIPS & ULASAN