Cari @ Amanz

Samsung Galaxy Note FE adalah peranti Galaxy Note 7 yang dikitar semula. Ia dikeluarkan bagi memenuhi permintaan yang meminati Galaxy Note 7, kerana versi asalnya ada masalah bateri yang meletup. Tetapi nampaknya, Samsung ingin teruskan siri FE ini dengan Galaxy S20 pula melalui Galaxy S20 FE. Peranti ini mula kedengaran pada awal Ogos, yang mana mungkin mempunyai satu SKU sahaja – iaitu janaan Snapdragon 865.

Boleh dikatakan yang peranti ini adalah mirip Galaxy S10 Lite, yang dijana Snapdragon 855 dan dijual pada harga yang lebih murah. Terkini, terdapat imej pengolokan baru yang tertiris. Ia memperlihatkan enam pilihan warna iaitu biru, merah, jingga, putih, hijau dan ungu. Peranti ini dilihat akan menggunakan skrin AMOLED jenis rata dan rekaan skrin berlubang. Bezel yang nipis, tetapi dagu yang sedikit tebal. Menurut khabar angin, ia akan dijana Snapdragon 865, memori 6 atau 8 GB RAM dan mungkin storan dalaman yang mencapai sehingga 512GB.

Kamera 12MP sensor IMX555, dipadankan dengan dua lagi sensor lain, susunan butang yang lebih ergonomik serta slot kad SIM di bahagian bawah. Harga jualan pasti lagi murah dari S20 biasa, jika mengikut harga Note FE ia adalah RM2,599 ketika dilancarkan dan S10 Lite adalah RM2,599. Galaxy S20 ketika dilancarkan adalah RM3,599 – jadi disebabkan ia adalah Fan Edition untuk menghargai peminat Samsung ada kemungkinan harganya adalah bawah RM3000? Sama-sama kita nantikan.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd