Nintendo Merancang Pengenalan Switch Dinaik-taraf Dengan Sokongan 4K Menjelang 2021

Nintendo Merancang Pengenalan Switch Dinaik-taraf Dengan Sokongan 4K Menjelang 2021

Diterbitkan pada Ogos 26, 2020 oleh .

Nintendo sedia terkenal dengan penawaran konsol hibrid mereka pada hari ini, iaitu Nintendo Switch. Gergasi permainan video berkenaan sedia menawarkan variasi Switch berspesifikasi sedikit rendah sebelum ini, dan kini hadir laporan mengatakan Nintendo bakal memperkenalkan variasi Switch baru dengan kuasa pemprosesan lebih tinggi pada awal 2021 kelak.

Dilaporkan melalui Bloomberg, Nintendo Switch baru ini dijangka turut menawarkan sokongan grafik sehingga 4K menggunakannya.

Untuk makluman, model asal Nintendo Switch hadir dengan NVIDIA Tegra X1, yang mana boleh dikatakan sedikit berusia berbanding cip pemprosesan mudah-alih yang lain.

Ia tidak diketahui lagi apakah cip pemprosesan yang akan digunakan Switch pada model versi baru ini. Bersama-sama pengenalan versi naik-taraf ini, Nintendo juga dijangka memperkenalkan sejumlah permainan baru untuknya kelak.

Nintendo dijangka berkongsi mengenai konsol baru ini pada awal 2021 kelak.



TIPS & ULASAN