Jualan Telefon Pintar Global Berkurangan Sebanyak 20% Pada Suku Kedua 2020
Aman
Gartner, salah satu pihak yang memantau industri, kini telah mengeluarkan data terbaru, memperlihatkan jualan telefon pintar kepada pengguna telah berkurangan sebanyak 20%.
Menurut Gartner, pada suku kedua 2020 yang lepas, jualan telefon pintar kepada pengguna berjumlah 295 juta unit sahaja – memperlihatkan penurunan sebanyak 20.4%.

Mengikut data Gartner, Samsung dan Huawei mempunyai angka jualan yang lebih kurang sama, dan diikuti dengan Apple, Xiaomi dan Oppo.
Jikalau dibandingkan dari segi jenama, Samsung memperlihatkan penurunan sebanyak 27.1%, sementara Huawei hanya 6.8% dan Apple sebanyak 0.4 penurunan.
Dengan ekonomi telah mula dibuka semula kini, kita mungkin akan memperlihatkan peningkatan positif pada suku ketiga 2020 ini.
Komen (0)
Sila log masuk untuk menghantar komen.
Tiada komen lagi.