Cari @ Amanz

Rekaan LG Wing Tertiris – Peranti Dwi-Skrin Berputar Seperti Telefon Iron Man

Link Copied!

LG dilaporkan membangunkan sebuah peranti dwi-skrin dengan salah satunya berputar 90 darjah. Ini ialah rekaan telefon LG yang digunakan oleh Tony Stark di dalam filem Iron Man pada tahun 2008. Hari ini video yang menunjukkan peranti LG Wing ini telahpun tertiris menerusi laman Android Authority.

Peranti diletakkan di dalam kenderaan dan dapat dilihat skrin utama memaparkan aplikasi navigasi GPS manakala skrin sekunder yang bersaiz lebih kecil digunakan untuk melakukan panggilan telefon. Ramai mungkin tidak menyedari telefon yang digunakan Tony Stark sebenarnya ialah telefon LG VX9400.

LG Wing ialah nama kod yang digunakan untuk peranti yang masih belum dilancarkan ini. Ia sebuah lagi inovasi dari LG yang mengeluarkan aksesori skrin sekunder untuk peranti mereka seperti Velvet dan LG V60 ThinQ. Adakah ini rekaan yang menarik minat anda ataupun rekaan peranti skrin boleh-lipat adalah lebih praktikal di dunia sebenar?


Komen ()