Kerana Covid-19 perjalanan ke destinasi antarabangsa adalah amat terhad melainkan ada adalah menteri sesebuah negara melakukan urusan kerja. Beberapa negara turut mengenakan tempoh kuarantin yang meningkatkan kos. Akibatnya industri penerbangan awam terjejas teruk. Bagi mereka yang mungkin merindui pengalaman menaiki pesawat, Airplane Mode kelak akan dilancarkan khusus untuk anda.

Ia sebuah permainan yang akan memberikan pengalaman realistik penerbangan dari lapangan terbang JFK di New York ke Reykjavik Iceland selama enam jam. Anda boleh terbang sebagai penumpang kelas ekonomi dan boleh mengakses kemudahan seperti sistem infohibur, membaca buku, membaca majalah atau menikmati makanan yang dihidangkan krew penerbangan.
Sekiranya penerbangan enam jam adalah terlalu lama, terdapat juga pilihan untuk terbang ke Nova Scotia, Kanada yang mengambil masa hanya sejam. Permainan akan memberikan pengalaman realistik lain seperti pergolakan udara, bunyi deruman enjin yang bising, WiFI yang tidak berfungsi serta penerbangan mengalami kelewatan secara rawak.
Jika ini ialah permainan yang menarik minat anda, Airplane Mode akan dilancarkan tahun ini menerusi Steam tetapi tarikh belum diumumkan