Black Shark 3S Kini Boleh Dipra-Tempah Pada Pada Harga Bermula RM3199

Black Shark 3S Kini Boleh Dipra-Tempah Pada Pada Harga Bermula RM3199

Diterbitkan pada Ogos 26, 2020 oleh .

Black Shark telah pun memperkenalkan kemaskini kecil untuk telefon pintar mereka pada bulan Julai lepas di China, melalui Black Shark 3S. Terbaru, ia dilihat telefon pintar akan turut hadir ke pasaran tempatan dalam masa terdekat ini.

Beberapa penjual telah mula mengambil pra-tempahan untuk Black Shark 3S, dimana dua variasi model dijangka hadir ke pasaran tempatan – iaitu dengan storan 128GB dan 256GB.

Dari segi spesifikasi, ia menyertakan skrin 6.67-inci FHD+ dengan kadar segar semula 120Hz, dijana cip Snapdragon 865, memori 12GB RAm, dan bateri 4720mAh dengan sokongan pengecasan pantas 65W.

Untuk rakaman gambar, ia menggunakan kamera belakang gabungan 64W + 13MP + 5MP, selain kamera swafoto 20-megapixel.

Ia turut menyertakan sokongan yang khusus untuk permua, termasuk kawalan berasaskan suara untuk mengawal tetapan ketika sedang bermain, kawalan notifikasi, dan pengoptimasian khusus untuk permua.

Di Malaysia, versi 128GB dilihat akan ditawarkan pada harga RM3199, sementara model 256GB pula dilihat akan ditawarkan pada harga RM3499. Buat masa ini, beberapa penjual telah mula mengambil pra-tempahan untuknya.



TIPS & ULASAN