KJ Bakal Melancarkan Hackathon Untuk Mendigitalkan Perkhidmatan Kerajaan Pada Jumaat Ini

KJ Bakal Melancarkan Hackathon Untuk Mendigitalkan Perkhidmatan Kerajaan Pada Jumaat Ini

Diterbitkan pada Ogos 26, 2020 oleh .

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin kini mengumumkan beliau akan melancarkan sebuah hackathon khas pada penghujung minggu ini yang akan memfokuskan dalamm mendigitalkan perkhidmatan kerajaan.

Menurut beliau, pada hari ini terdapat sekitar 48% perkhidmatan kerajaan yang masih tidak ditawarkan secara atas-talian, atau tidak beroperasi secara atas-talian sepenuhnya.

Dalam usaha menjadikan perkhidmatan kerajaan beroperasi secara digital sepenuhnya, hackathon berkenaan bakal dianjurkan, sekaligus membolehkan orang ramai dalam bersama membangunkan penyelesaian dalam usaha membawa perkhidmatan kerajaan secara digital sepenuhnya.

Khairy dijangka akan berkongsi berkaitan dengan hackathon ini pada hari Jumaat ini.



TIPS & ULASAN