Cari @ Amanz

Selepas beberapa minggu membiarkan ramai pihak berteka-teki, tarikh pelancaran rasmi untuk Oppo F17 kini dikongsikan menerusi sebuah hantaran di laman twitter rasmi Oppo India. Acara tersebut dijadualkan berlangsung pada 2 September di India dan jenama ini bakal hadir dengan dua buah model berbeza iaitu Oppo F17 dan Oppo F17 Pro.

Namun begitu, hasil tinjauan kami menerusi hantaran tersebut kapsyen hanya memperlihatkan kata tagar #OppoF17 Pro. Jadi, belum dapat dipastikan sama ada kedua-dua model akan dilancarkan serentak atau mungkin secara berasingan. Oleh itu, sama-sama kita tunggu pelancaran rasmi kelak untuk ketahui lebih lanjut mengenainya.

Siri Oppo F17 dikatakan hadir bakal dengan kemasan anggun bersama binaan yang nipis dan ringan. Dalam pada itu, spesifikasi penuh kedua-dua peranti juga dikatakan telah tertiris sebelum ini dengan sejumlah ciri menarik yang berbeza.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd