Cari @ Amanz

Sony Xperia 8 Lite Diumumkan Dengan Snapdragon 630 Dan Dwi-Kamera

Link Copied!

Perniagaan peranti pintar Sony semakin pula dengan keuntungan berjaya dicatatkan tahun lalu. Strategi mereka ialah memberikan kemampuan kamera yang akhirnya setanding dengan status mereka sebagai antara pengeluar kamera digital terbaik dunia dan kemasan premium.

Di Jepun Sony Xperia 8 Lite telah dilancarkan dan ia sebuah lagi peranti kelas pertengahan dari mereka. Xperia 8 Lite dilengkapi skrin 6″ LCD FHD+ yang dipadankan dengan cip Snapdragon 630, memori sebesar 4GB, storan sebesar 64GB dan bateri sebesar 2870 mAh.

Dwi-kamera utama menggunakan sensor 12+8 megapixel dan kamera swafoto pula sebesar 8 megapixel. Kamera utama menyokong zum optikal sehingga 2x. Seperti kesemua peranti generasi terkini mereka, Xperia 8 Lite hadir dengan skrin memanjang 21:9 dan juga rekaan yang masih berdahi agak besar.

Pengimbas cap jari juga diletakkan pada bahagian sisi. Sedikit mengejutkan Xperia 8 Lite masih menggunakan sistem operasi Android 9 Pie. Peranti ini dijual pada harga 29,800 Yen (~RM1169) sebuah dengan pilihan warna hitam dan putih,


Komen ()