Cari @ Amanz

Beberapa syarikat gergasi teknologi sedia melihat untuk mengambil-alih operasi TikTok di Amerika Syarikat – antaranya adalah termasuk Microsoft, Oracle dan Twitter. Mengikut laporan terbaru, ia turut diperkatakan yang mana pihak TikTok sendiri pernah berbincang dengan Netflix untuk mengambil-alih operasi TikTok di Amerika Syarikat.

Apa pun, ia diperkatakan Netflix menolak tawaran berkenaan.

Ia tidak diketahui apakah sebab utama penolakkan pihak Netflix untuk pengambil-alihan TikTok. Ia mungkin berkait dengan keperluan untuk mempunyai pasukan khusus untuk menguruskan dan memantau kandungan yang diterbitkan – berbeza dengan model perniagaan sedia ada Netflix.

Netflix sendiri sedia mengatakan sebelum ini TikTok merupakan pesaing mereka – berkemungkinan kerana lebih ramai menghabiskan masa pada aplikasi berkenaan dari hari ke hari.

Walaupun menganggap sebagai pesaing, namun Netflix masih tidak ingin mengambil-alih TikTok – berkemungkinan melihat kepada masalah-masalah yang mungkin perlu dihadapi pada kemudian hari.

Buat masa ini, Microsoft dan Oracle masih antara nama utama dalam pengambil-alihan operasi TikTok di Amerika Syarikat.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd