Elon Musk Bakal Mengumumkan Butiran Mengenai Antaramuka Otak Dan Komputer Neuralink

Diterbitkan pada Ogos 26, 2020. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Elon Musk ialah nama yang tidak asing lagi di arena teknologi. Selain daripada menjadi nama besar di belakang syarikat-syarikat seperti Paypal, Tesla, The Boring Company dan SpaceX.

Terkini, Elon Musk bakal memperkenalkan sebuah lagi teknologi baru melalui syarikat yang bernama Neuralink. Syarikat ini, yang mula diperkenalkan pada tahun lalu sedang membangunkan peranti antaramuka yang menghubungkan otak manusia terus kepada sebuah komputer.

Menurut Neuralink, mereka akan membangunkan robot-robot yang akan menanam elektrod-elektrod kecil kedalam otak manusia, dimana ia kemudiannya akan ditamatkan pada sebuah pod yang terletak di bahagian belakang telinga pengguna.

Pod tersebut kemudiannya akan menghantar data dan maklumat melalui sambungan Bluetooth kepada komputer, dan secara teknikalnya, membolehkan pengguna untuk menggunakan komputer dengan minda sahaja.

Teknologi Neuralink ini mempunyai banyak kegunaan, tetapi menurut Elon Musk, ia akan mula digunakan untuk membantu orang kurang upaya seperti mereka yang cacat penglihatan dan pendengaran.

Elon Musk mengatakan melalui sebuah ciapan bahawa Neuralink akan memperkenalkan peranti antaramuka otak-ke-komputer pertama mereka pada Jumaat ini, dan akan mempertontonkan bagaimana ia boleh membantu manusia di masa akan datang.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami