Cari @ Amanz

Samsung Malaysia hari ini telah mengumumkan penawaran keluarga tablet baru untuk pasaran Malaysia, iaitu Galaxy Tab S7. Dua variasi tablet ditawarkan, iaitu Galaxy Tab S7 dan juga Galaxy Tab S7+. Tablet ini boleh didapati di Malaysia bermula 28 Ogos 2020 ini.

Samsung Galaxy S7 hadir dengan skrin 11-inci, sementara Galaxy Tab S7+ pula menggunakan skrin bersaiz 12.4-inci. Kedua-duanya menawarkan kadar segar semula 120Hz. Disamping itu, ia juga hadir dengan cip Snapdragon 865+, serta dilengkapi dengan sokongan S-Pen.

Untuk pasaran Malaysia, Galaxy Tab S7 ditawarkan pada harga RM3299, sementara Galaxy Tab S7+ pula ditawarkan pada harga RM4599.

Pembeliannya juga hadir dengan papan kekunci bernilai RM999, langganan Microsoft Office selama setahun, akses Clip Studio Paint selama 6 bulan, YouTube Premium selama 4 bulan, dan kad mikroSD 128GB (terhad kepada 1000 pelanggan pertama).

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd