(Ura-Ura) Samsung Mungkin Akan Hadir Dengan Galaxy A12

(Ura-Ura) Samsung Mungkin Akan Hadir Dengan Galaxy A12

Diterbitkan pada Ogos 27, 2020 oleh .

Semakin hari, Samsung dilihat semakin giat merancakkan penawaran peranti keluarannya dalam industri telefon pintar. Ia dapat dibuktikan menerusi penawaran pelbagai peranti pintar mereka yang hadir di pasaran dengan spesifikasi menarik. Terkini, jenama terkemuka korea selatan ini dilaporkan dalam pembangunan untuk Samsung Galaxy A12 pula.

Pendedahan ini sekaligus memberi gambaran bahawa Samsung berkemungkinan besar akan melangkau penjenamaan untuk Samsung Galaxy A11s. Laporan memetik sumber berkata, peranti ini dipercayai hadir dengan dua pilihan storan dalaman iaitu 32GB dan 64GB. Di samping itu, ia juga berkemungkinan besar masih menggunakan paparan jenis LCD seperti pendahulunya, Samsung Galaxy A11.

Dalam perkembangan lain, , terdapat juga ura-ura mengatakan ia mungkin masih mengekalkan sokongan pengimbas cap jari fizikal dan ditawarkan dalam pilihan empat warna iaitu hitam, putih, merah dan biru. Maklumat lanjut berkaitan peranti masih belum diketahui buat masa ini dan mesra diingatkan juga, spesifikasi yang tertiris ini masih lagi di peringkat ura-ura.

Gambar Sekadar Hiasan : Samsung Galaxy A11

Sekadar imbas kembali, Samsung Galaxy A11 telah dilancarkan di Malaysia sebelum ini dengan tanda harga RM599 untuk seunit. Peranti ini didatangkan dengan sejumlah penawaran spesifikasi menarik termasuklah skrin besar, sokongan kamera lebih banyak dengan tiga lensa utama dan bateri besar 4,000mAh.



TIPS & ULASAN