Epic Games Mengesahkan Pemain Fortnite Di iOS Dan macOS Tidak Boleh Memainkan Musim Baru

Epic Games Mengesahkan Pemain Fortnite Di iOS Dan macOS Tidak Boleh Memainkan Musim Baru

Diterbitkan pada Ogos 27, 2020 oleh .

Apple sebelum ini telah menghalang kemaskini untuk aplikasi Fortnite kerana pelanggaran terma dan syarat App Store. Lanjutan daripadanya, Epic Games telah menyaman Apple, dan kini ia dilihat pengguna Fortnite di iOS dan macOS tidak boleh menikmati musim terbaru permainan popular berkenaan.

Epic Games mengesahkan yang mana pemain di platform iOS dan macOS tidak boleh menikmati musim terbaru permainan berkenaan yang bakal dilancarkan pada 27 Ogos 2020 ini.

Perkara ini mungkin agak mendukacitakan pemain Fortnite di platform Apple kerana tidak boleh meneruskan permainan berkenaan – dan perlu melihat kepada permainan alternatif, atau beralih ke peranti dengan sistem operasi lain.

Untuk pengguna di platform Android, anda masih boleh menikmati kemaskini aplikasi berkenaan melalui aplikasi Epic Games, atau melalui Samsung Galaxy Store.

Dengan perkembangan terbaru ini, walaupun pihak Epic Games “berperang” dengan Apple, namun, kerugiannya memberikan lebih kesan kepada pengguna dan peminat siri permainan berkenaan.



TIPS & ULASAN