Tertiris: Realme X7 Pro Player Edition Akan Dijana Dengan Snapdragon 860

Tertiris: Realme X7 Pro Player Edition Akan Dijana Dengan Snapdragon 860

Diterbitkan pada Ogos 27, 2020 oleh .

Minggu lepas beberapa informasi mengenai peranti Realme X7 telah tertiris. Peranti ini akan hadir dengan beberapa model seperti Realme X7, X7 Pro dan X7 Pro Ultra. Tetapi baru-baru ini, ada informasi baru yang menyatakan Realme turut akan hadir dengan Realme X7 Pro Player Edition. Ia mungkin adalah variasi yang lebih berkuasa dari X7 Pro biasa, yang dilaporkan akan dijana Dimensity 1000+.

Realme X7 Pro Player Edition ini dilaporkan akan dijana dengan cip pemproses Snapdragon 860. Ini adalah cip baru yang tidak pernah lagi hadir pada mana-mana peranti lain. Cip ini dikatakan akan hadir dengan sokongan 5G dan mempunyai kuasa di antara Snapdragon 855 dan Snapdragon 865. Cip ini mungkin akan dilancarkan bersama-sama dengan Realme X7 pada 1 September kelak.

Informasi lain mengenai peranti ini adalah, ia bakal hadir dengan skrin 120Hz AMOLED, kecerahan 12000 nits, sistem kuad-kamera 64MP, memori 8GB RAM dan storan 128GB. Tinggal beberapa hari sahaja lagi pelancaran peranti ini, sama-sama kita nantikan.



TIPS & ULASAN