Cari @ Amanz

Kamera pintar Android ialah spesis yang kini hampir pupus. Menerusinya gambar yang diambil bukan sahaja boleh dikongsi terus ke media sosial tetapi sandaran gambar automatik juga boleh dilakukan. Bagi pengguna kamera digital Canon, berita baik pagi ini ialah anda kini boleh melakukan sandaran kesemua gambar yang diambil terus ke Google Photos.

Menerusi aplikasi image.canon, pengguna boleh memilih melakukan sandaran gambar dari kamera terus ke Google Photos pada resolusi asal. Pada waktu ini 27 kamera Canon disokong dengan senarai lengkap boleh dilihat menerusi pautan ini.

Tetapi untuk menggunakan sandaran ini anda perlu terlebih dahulu melanggan kepada akaun Google One. Pengguna kamera Canon akan diberikan langganan Google One percuma selama sebulan dengan storan 100GB bagi mencuba perkhidmatan ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd