Asus ProArt StudioBook One Kini Boleh Didapati Di Malaysia Pada Harga RM49,999

Asus ProArt StudioBook One Kini Boleh Didapati Di Malaysia Pada Harga RM49,999

Diterbitkan pada Ogos 27, 2020 oleh .

Asus Malaysia kini telah membawa masuk satu lagi komputer riba terbaru dengan prestasi yang sangat tinggi, iaitu Asus ProArt StudioBook One.

Komputer riba ini hadir dengan spesifikasi yang tinggi, dan ditujukan kepada mereka yang dalam bidang sains data, pembangunan produk, mahupun animasi 3D.

Asus ProArt StudioBook One ini hadir dengan skrin 15.6-inci UHD, dilengkapi cip pemprosesan Intel Core i9-9980HK, dilengkapi kad grafik NVIDIA Quadro RTX 6000, 64GB RAM dan storan 1TB PCIE G3X4 SSD.

Dengan penawaran spesifikasi yang tinggi ini, ia juga membawakan tanda harga yang sedikit tinggi berbanding lain. Di Malaysia, Asus menawarkan Asus ProArt StudioBook One ini pada harga RMM49,999.



TIPS & ULASAN