Cari @ Amanz

Pelbagai syarikat peranti mudah-alih kini mula beralih kepada penawaran produk-produk gaya hidup – sekaligus mendekati lagi pengguna dari penawaran kepelbagai produk, serta meningkatkan kepada kesetiaan jenama berkaitan.

Terbaru, Realme turut mengorak ke langkah yang sama, dan membawa masuk beberapa produk sampingan untuk ditawarkan kepada pengguna tempatan. Salah satu produk terbaru yang dibawa masuk adalah beg bagasi dipanggil Realme Luggage.

Beg bagasi ini hadir dengan muatan kapasiti 37L, dilengkapi roda yang boleh berputar, serta kerangka berasaskan kepada logam aluminium magnesium.

Realme Malaysia akan mula menjual beg bagasi ini bermula 28 Ogos ini, dan ia membawakan tanda harga RM299. Namun, bersempena dengan pengenalan, ia ditawarkan pada harga RM249 hanya pada 28 Ogos ini.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd