Cari @ Amanz

Epic Games Store merupakan salah satu kedai permainan video yang semakin popular dari hari ke hari. Salah satu tarikan yang disediakan adalah termasuk penawaran permainan percuma, disamping diskaun untuk pelbagai permainan video.

Terbaru, selain sokongan bayaran melalui kad kredit atau debit, pihak Epic Games turut telah menambah sokongan untuk pembelian melalui Maybank2U.

Epic Games

Dengan langkah ini, ia sekaligus memudahkan lagi proses pembelian permainan video, selain mungkin membuatkan pengguna tempatan lebih yakin mendapatkan permainan video melalui Epic Games berbanding perlu menggunakan kad kredit atau debit seperti sebelum ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd