Xiaomi Mi MIX 3 Dan MIX 2S Kini Menerima Kemaskini MIUI 12

Xiaomi Mi MIX 3 Dan MIX 2S Kini Menerima Kemaskini MIUI 12

Diterbitkan pada Ogos 27, 2020 oleh .

Xiaomi Mi MIX adalah peranti mercu premium daripada Xiaomi, yang mana ia bermula dengan sebuah peranti konsep. Mi MIX generasi pertama sehinggalah Mi MIX 2s, hadir dengan rekaan “nirbingkai” yang menggunakan bahagian dagu untuk kamera swafoto. Mi MIX 3 mereka hadir dengan sistem kamera boleh luncur dan yang terkini dan tidak dijual adalah Mi MIX Alpha dengan skrin menyeluruh.

Kanan Mi MIX 3, Kiri Mi MIX 2s

Selepas banyak peranti Xiaomi dan Redmi lain menerima kemaskini MIUI 12, akhirnya giliran Mi MIX 3 dan Mi MIX 2s telah tiba. Dua peranti ini untuk kedua-dua versi global dan China telah boleh dikemaskini. Tetapi, tidak semua ciri MIUI 12 akan hadir pada Mi MIX 2s kerana skrin LCD. Antaranya adalah Always-On Display dan Super Wallpaper yang mana fungsi ini hanya baik digunakan pada peranti dengan skrin OLED. Versi kemaskini adalah seperti berikut;

  • Mi Mix 3
    • Global – V12.0.1.0.QEEMIXM
  • Mi Mix 2S
    • Global – V12.0.1.0.QDGMIXM

Kemaskini ini akan diedarkan secara berperingkat, anda boleh semak peranti anda untuk kemaskini secara OTA.



TIPS & ULASAN