Cari @ Amanz

Fungsi tab “Saved ” pada Google Maps mungkin antara fungsi penting pengguna aplikasi pemetaan ini untuk menyimpan data berkaitan lokasi atau tempat yang diminati. Pelbagai data lokasi seperti restoran, taman dan kedai dapat disimpan dengan rapi.

Terkini, fungsi ini telah dikemaskini dengan antaramuka baru yang lebih menarik. Ia dibahagikan kepada beberapa kategori yang lebih mudah diakses. Pertama, kategori lokasi terkini yang dilawati di mana ia akan memaparkan lokasi semasa yang disimpan. Seterusnya, kategori untuk lokasi menarik berhampiran dengan tempat disimpan, di mana membolehkan pengguna untuk mempunyai lebih banyak pilihan lain. Kemudian, terdapat juga kategori untuk sejarah lokasi yang telah dilawati di mana data berkaitannya akan dipaparkan dalam bentuk garis masa.

Kesemua lokasi disimpan akan diperlihatkan dalam bentuk foto yang menarik pada skrin utama. Sungguhpun begitu, sokongan garis masa untuk sejarah lokasi yang telah dilawati hanya akan tersedia sekiranya pengguna mengaktifkan tetapan untuk sejarah lokasi pada peranti pintar. Seperti biasa, sokongan ciri ini akan tersedia secara berperingkat untuk semua pengguna.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd