Cari @ Amanz

Telekom Malaysia sedia menawarkan siaran CIMB Liga Super 2020 melalui perkhidmatan Unifi TV mereka, dan menariknya kini ia turut diumumkan perlawanan bola sepak ini akan disiarkan melalui saluran YouTube di Unifi secara percuma.

Tayangan percuma ini akan diberikan antara 28 Ogos 2020 sehingga 10 Oktober 2020 kelak.

Dengan langkah ini, ia sekaligus memudahkan para peminat bola sepak tempatan untuk mengikuti pelbagai aksi bola sepak dan kandungan siaran langsung melalui aplikasi YouTube tanpa memerlukan sebarang aplikasi tambahan lain.

Bagi anda yang berminat, boleh mengikut saluran YouTube Unifi untuk menonton siaran CIMB Liga Super 2020 ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd