GoPro Mengumumkan Perkhidmatan Penstriman Langsung Tersendiri

Diterbitkan pada Ogos 27, 2020. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

GoPro sedia terkenal dengan penawaran kamera aksi mereka, dan hari ini mereka mengumumkan pengenalan perkhidmatan penstriman langsung tersendiri.

Untuk permulaan ini, perkhidmatan penstriman langsung ini diperkenalkan kepada pengguna GoPro Plus terlebih dahulu. Ia membolehkan pengguna GoPro dengan langganan GoPro Plus untuk strim langsung kandungan mereka melalui laman GoPro.com.

Penawaran ini meliputi untuk pengguna Hero8 Black, Hero7 Black dan kamera Max.

Pihak GoPro masih tidak mengumumkan bagaimana ia akan beroperasi sepenuhnya. Namun, mereka mengatakan pengguna boleh berkongsi pautan kepada rakan-rakan dengan mudah, dan GoPro akan menawarkan sokongan penstriman berkualiti tinggi.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan lanjut mengenai penawaran penstriman langsung GoPro ini.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami