Carian
Asus ROG Phone 3 Bakal Ditawarkan Di Malaysia Pada 5 September
August 27, 2020 Aman

Asus ROG Phone 3 merupakan salah satu telefon memfokuskan permua yang dinantikan ramai. Pihak Asus Malaysia sebelum ini telah mengesahkan ia bakal hadir ke pasaran tempatan, dan kini salah satu penjual tempatan popular mengatakan ia bakal ditawarkan pada 5 September 2020 ini.

Asus ROG Phone 3 hadir dengan cip pemprosesan Snapdragon 865+ terbaru, dilengkapi dengan memori sehingga 16GB RAM, selain pengoptimasian khusus untuk permua, dan juga bateri bersaiz besar.

Asus ROG Phone 3 Malaysia

Buat masa ini, harga jualan tempatannya masih tidak diketahui lagi, tetapi dijangka hadir dengan pilihan antara 8GB RAM hingga 16GB RAM, selain penawaran storan sehingga 512GB.

Sama-sama kita nantikan 5 September ini untuk mengetahui lanjut mengenai penawaran telefon permua ini untuk pasaran Malaysia.

Komen