Fairphone 3+ Dilancarkan – Sokong Kamera Utama 48MP Dan Android 10

Fairphone 3+ Dilancarkan – Sokong Kamera Utama 48MP Dan Android 10

Diterbitkan pada Ogos 28, 2020 oleh .

Fairphone 3+ kini diperkenalkan secara rasmi. Ia merupakan pengganti kepada FairPhone 3 yang dilancarkan sebelum ini. Ia juga dilihat masih meneruskan konsep yang sama iaitu mesra alam serta menghormati hak asasi manusia. Namun begitu, ia dilihat menerima sejumlah ‘nafas baru’ dalam usaha menjadikannya releven dengan perkembangan semasa.

Fairphone 3+ hadir dengan skrin berukuran 5.65-inci FHD+ dengan rekaan yang terdapatnya dagu dan dahi pada bahagian hadapan. Peranti ini menggunakan cip pemproses Snapdragon 632 dengan gabungan memori 4GB RAM dan ruang storan 64GB yang boleh dikembangkan menerusi kad microSD. Perisian yang digunakan pula adalah berasaskan Android 10 terkini.

Seterusnya, ia membawakan sokongan lensa tunggal sebesar 48-Megapixel (f/1.79) untuk tetepan kamera utamanya. Kamera swafoto pula sebesar 16-Megapixel (f/2.0). Melengkapinya juga adalah bateri berkapasiti 3,040mAh (USB-C) dan bateri ini boleh tanggal. Spesifikasi lain pula termasuklah pengimbas cap jari fizikal, bicu audio 3.5mm dan sokongan NFC.

Untuk makluman, Fairphone 3+ diperbuat daripada 40% plastik kitar semula dan sumber bahan yang mesra pengguna. Ia juga didatangkan dengan pemutar skru kecil di dalam kotak pembungkus bagi membantu pengguna menukar sejumlahbahagian peranti yang diperlukan. Untuk penawaran harga, Fairphone 3+ dijual pada harga €469 (RM2,318).



Paling Popular