Sony Xperia 1 II Akan Tiba Di Pasaran Tempatan Pada Bulan November

Sony Xperia 1 II Akan Tiba Di Pasaran Tempatan Pada Bulan November

Diterbitkan pada Ogos 28, 2020 oleh .

Pada awal tahun ini, Sony telah memperlihatkan peranti mercu mereka, Sony Xperia 1 II untuk pasaran-pasaran terpilih. Sayangnya apabila ia mula diperkenalkan, Malaysia bukanlah salah satu pasaran tersebut.

Selang beberapa bulan kemudian, Sony Malaysia baru sahaja mengumumkan bahawa peranti tersebut akan memasuki pasaran tempatan pada bulan November kelak.

Sony Xperia 1 II dilengkapi skrin OLED 6.5inci dengan resolusi 4K HDR, dijana cip Qualcomm Snapdagon 865, memori sebesar 8GB RAM, storan 256 GB, kamera utama  12+12+12+3D TOF, kamera hadapan 8MP dan bateri sebesar 4000 mAh. Kamera utama menggunakan lensa Zeiss dengan kepakaran yang dipelajari dalam menghasilkan kamera Sony Alpha.

Diantara ciri-ciri lain termasuklah kemampuan pengecasan nirwayar Qi, disamping tahap ketahanan kalis air dan debu IP68 dan hadir dengan sokongan untuk sambungan 5G Sub-6.

Sony Malaysia turut mengatakan bahawa Sony Xperia 1 II ini akan hadir dalam pilihan warna putih, hitam dan ungu, dimana ia boleh didapati di kedai Sony Centre, dan kedai-kedai atas talian Sony seperti di Lazada apabila ia dilancarkan kelak.

Tanda harga untuk peranti Sony Xperia 1 II ini akan diperlihatkan apabila peranti ini dilancarkan kelak.



TIPS & ULASAN