Cari @ Amanz

ASUS ialah sebuah jenama teknologi yang terkenal untuk komponen dan juga peranti-peranti khususnya untuk pasaran gaming, melalui label Republic of Gamers.

Terkini, melalui sebuah ciapan di Twitter, akaun @ASUS_ROGUK telah mengacahkan ketibaan suis papan kekunci tersebut, yang akan diperlihatkan di sebuah acara pada 1 September kelak.

Ini cukup menarik kerana sebelum ini, untuk papan-papan kekunci mereka, ASUS biasanya akan menggunakan suis Cherry MX kerana ia adalah siri suis mekanikal papan kekunci yang terkenal di pasaran.

ASUS juga mungkin akan memperlihatkan papan-papan kekunci baru yang akan menggunakan suis mekanikal ini di acara tersebut. Sama-sama kita tunggu.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd