Cari @ Amanz

Setelah bertahun dijanjikan, OnePlus Watch mungkin akan akhirnya dilancarkan tahun ini. Jam tangan ini tersenarai di laman IMDA Singapura yang biasanya berlaku sebelum peranti dilancarkan.

Tiada maklumat mengenai spesifikasi jam tangan pintar ini tetapi seperti biasa beberapa telahan boleh dilakukan berdasarkan peranti yang dikeluarkan oleh Oppo sebelum ini. Ia pastinya menggunakan Wear OS seperti Oppo Watch yang dilancarkan tahun ini. Menarik sekali syarikat yang mendaftarkan OnePlus Watch ialah Sinoppel Device Ptd Ltd yang merupakan anak syarikat Oppo.

Adalah tidak mengejutkan jika OnePlus Watch turut menggunakan skrin 1.6/1.9 inic, dijana cip Snapdragon 3100., 1GB RAM dan storan sebesar 8GB sama seperti Oppo Watch kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd