Facebook Menyaman Perkhidmatan Yang Menjual Like Dan Pengikut Palsu Di Instagram

Facebook Menyaman Perkhidmatan Yang Menjual Like Dan Pengikut Palsu Di Instagram

Diterbitkan pada Ogos 28, 2020 oleh .

Dengan meningkatkan populariti laman sosial, ia turut membawa kepada permintaan untuk sesetengah pengguna yang inginkan angka Like dan Follower yang tinggi pada akaun mereka. Selari dengannya, terdapat beberapa perkhidmatan yang menawarkan jualan angka Like, Follower dan sebagainya.

Bercakap mengenainya, hari ini Facebook mengatakan mereka mengambil tindakan untuk mengatasinya, dan telah memfailkan saman ke atas salah satu perkhidmatan yang menawarkan perkhidmatan pengikut palsu ini.

Facebook mengatakan terdapat rangkaian yang menggunakan bot untuk meningkatkan angka Like, komen, tontonan, dan pengikut di Instagram. Dan mereka menyaman perkhidmatan berkenaan dinamakan Nakrutka.

Disamping itu, Facebook juga turut mengatakan mereka mengambil tindakan terhadap aplikasi dan perkhidmatan yang mengumpulkan data peribadi pengguna tanpa kebenaran.



Paling Popular