Poco X3 adalah telefon pintar terbaru dari Pocophone yang bakal dilancarkan tidak lama lagi. Beberapa hari lepas, telah kami laporkan rekaan panel belakang peranti ini yang tertiris – yang mana memperlihatkan rekaan sedikit berbeza dari peranti Redmi lain.

Hari ini, sampel gambar Poco X3 telah diperlihatkan dan imej sebenar peranti ini turut kelihatan. Dari sampel gambar, imej yang diperlihatkan oleh wakil Poco Global ini dilihat mempunyai kualiti yang hebat. Dari segi warna, butiran yang dipelihara – ia mungkin adalah sebuah peranti kelas pertengahan dengan kemampuan fotografi yang baik. Selain daripada itu, rekaan peranti ini turut boleh dilihat – seperti skrin berlubang yang lensa swafoto berada di tengah-tengah atas skrin. Turut kelihatan adalah pengimbas cap jari fizikal di sisi, yang mana mirip dengan Poco X2 sebelum ini.

Bercakap mengenai Poco X2, peranti ini turut dikatakan akan hadir dengan skrin LCD 120Hz. Peranti ini dilaporkan akan menggunakan teknologi sensitiviti sentuhan 240Hz untuk memastikan permua boleh dimainkan dengan lebih lancar. Bukan itu sahaja, saiz skrin adalah 6.67-inci, akan ada lensa 20MP serta bateri berkapasiti 5160mAh. Peranti ini mungkin akan dijana dengan Snapdragon 732G yang belum lagi dilancarkan.
Apa-apa pun, tidak pasti lagi informasi lain mengenai peranti ini dan sama ada adakah ia terhad di pasaran luar atau turut akan tiba ke pasaran tempatan ataupun tidak. Sama-sama kita nantikan.