Cari @ Amanz

Ia telah dilaporkan bahawa salah satu daripada kilang Tesla di Nevada telah menjadi sasaran godaman seorang penggodam daripada Rusia beberapa bulan yang lalu.

Menurut laporan daripada Teslarati, seorang pekerja Tesla dari Rusia telah didekati oleh seorang lagi rakyat Rusia yang bernama Egor Igorevich Kriuchkov, pada mulanya untuk mengenali pekerja tersebut, dan sedikit sebanyak mempelajari butiran-butiran hidup pekerja tesebut.

Ini adalah kerana pekerja Tesla tersebut mempunyai akses kepada sistem komputer didalam Tesla, yang pastinya merumahkan pelbagai jenis data dan maklumat rahsia mengenai kenderaan-kenderaan syarikat tersebut.

Setelah beberapa bulan, Kriuchkov mendekati pekerja Tesla tersebut dan menawarkan wang sejumlah $1 juta untuk memuatkan perisian hasad kedalam sistem komputer kilang tersebut supaya dia boleh mencuri data tersebut dan meminta Tesla untuk wang tebusan.

Walaupun begitu, pekerja Tesla tersebut tidak termakan ajakan Kriuchkov, dan sebaliknya telah bekerjasama dengan pihak Federal Bureau of Investigation (FBI) untuk mengekang serangan tersebut daripada berlaku.

Jabatan Keadilan Amerika Syarikat juga telah mengumumkan bahawa mereka telah menangkap Egor Igorevich Kriuchkov ini, dan akan membawanya ke muka pengadilan tidak lama lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd