Fon kepala Powerbeats 2 dipasarkan kepada individu aktif yang ingin menggunakannya untuk aktiviti sukan. Semasa dipasarkan lima tahun lalu, ia diiklankan dengan ketahanan bateri yang baik serta kalis peluh. Tetapi pada 2017, beberapa pengguna mengemukakan saman berkelompok kerana Apple didakwa enggan membaiki Powerbeats 2 yang rosak walaupun masih di dalam tempoh jaminan.

Selepas tiga tahun, Apple bersetuju menyelesaikan isu ini di luar mahkamah dengan membayar ganti rugi $9.75 juta (~RM40.7 juta) kepada pelanggan yang mengalami masalah seperti bateri tidak boleh dicas atau tidak menyimpan cas dengan baik. Jumlah yang besar ini akan dibahagikan kepada pelanggan yang telah menyerahkan nama kepada wakil guaman sebelum ini.
Secara purata mereka yang mampu membuktikan pembelian akan diberikan $76 (~RM317) dan mereka tiada bukti pembelian akan diberikan $38 (~RM158). Pelanggan membeli Powerbeats 2 sebelum 7 Ogos 2020 layak menerima ganti rugi tetapi hanya di Amerika Syarikat.