Berita baik bagi pemilik Samsung Galaxy S20 Ultra di Malaysia kerana kemas kini One UI 2.5 akhirnya boleh dimuat turun. Seperti yang kami laporkan sebelum ini, One UI 2.5 membawakan beberapa ciri baharu yang diperkenalkan pada siri Note20.
Antaranya ialah sokongan Wireless DeX, kawalan navigasi gestur lebih menyeluruh, sokongan mod Pro baharu pada rakaman video dan banyak lagi. Turut diberikan ialah tampalan sekuriti untuk bulan Ogos.Di Malaysia saiz muat turun ialah 1097.87 MB dan boleh dilakukan secara OTA.
Samsung mula memberikan kemas kini One UI 2.5 kepada siri S20 dan Note10 di Eropah seminggu lalu. Dengan kemas kini hari ini, peranti-peranti lain mungkin akan menerimanya juga dalam masa terdekat. Terima kasih kepada pembaca @hiw200 untuk tips dan tangkapan layar yang diberikan.