Cari @ Amanz

OnePlus Nord menandakan kembalinya OnePlus ke dalam pasaran peranti kelas pertengahan sejak OnePlus X. Setakat ini sambutan ke atas peranti ini agak menggalakkan kerana ia dijual pada harga yang mampu milik walaupun menggunakan cip Snapdragon 765G. Kini menurut laporan Android Central ialah OnePlus akan melancarkan pula peranti kelas permulaan.

Peranti dengan kod nama OnePlus Clover kelak akan menggunakan skrin 6.53″ IPS LCD HD, dijana cip Snapdragon 460, memori 4GB RAM, storan 64GB, dan memori sebesar 6000 mAh yang menyokong pengecasan 18W.

Kamera utama pula ialah gabungan sensor 13+2+2 megapixel. Kerana ia sebuah peranti kelas permulaan, pengimbas cap jari fizikal diletakkan pada bahagian belakang dan bicu audio 3.5mm turut disertakan. Akhir sekali peranti akan menggunakan sistem operasi Android 10 dengan pelancar OxygenOS 10. OnePlus Clover dipercayai akan dilancarkan pada tahun ini dengan harga jualan sekitar $200 (~RM800) sebuah.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd