Telekom Malaysia : Trafik Rangkaian Meningkat Hampir 40% Ketika PKP

Telekom Malaysia : Trafik Rangkaian Meningkat Hampir 40% Ketika PKP

Diterbitkan pada Ogos 28, 2020 oleh .

Telekom Malaysia kini telah mengumumkan kemaskini kewangan untuk suku tahun kedua 2020, sekaligus berkongsi beberapa statistik menarik berkaitan perkhidmatan mereka.

Menurut Telekom Malaysia, pelanggan Unifi meningkat sebanyak 1.55 juta, sekaligus membawa kepada angka pelanggan jalur lebar tetap mereka kepada 2.23 juta pada 30 Jun 2020 lepas.

Pada masa yang sama, TM turut mengatakan penggunaan trafik mereka meningkat hampir 40% pada tempoh suku kedua 2020 lepas – memperlihatkan peningkatan pengguna disebabkan oleh orang ramai mula berkomunikasi dari rumah.

TM turut menyasarkan momentum peningkatan angka pengguna akan terus dapat dilihat untuk masa terdekat ini, walaupun tempoh PKP ditamatkan – disebabkan lebih ramai mula bekerja dari rumah.



TIPS & ULASAN