MediaTek Memohon Kebenaran Amerika Syarikat Untuk Menjual Cip Kepada Huawei

Diterbitkan pada Ogos 29, 2020. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

MediaTek hari ini mengatakan mereka telah membuat permohonan kepada kerajaan Amerika Syarikat untuk terus menawarkan cip kepada pihak Huawei – selepas arahan baru efektif pertengahan September kelak.

Sebelum ini, kerajaan Amerika Syarikat dibawah pentadbiran Donald Trump telah mengarahkan semua pengeluar cip pemprosesan yang menggunakan sebarang teknologi Amerika untuk berhenti menjual teknologi berkaitan kepada pihak Huawei.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi sama ada pihak Amerika Syarikat akan memberikan kebenaran khas untuk pihak MediaTek atau sebaliknya. Jikalau tidak, maka ia akan menyukarkan lagi pihak Huawei mendapatkan cip pemprosesan untuk pengeluaran telefon pintar mereka.

Sebelum ini, TSMC turut telah mengatakan mereka telah menghentikan pengeluaran cip Huawei, dan dengan halangan terhadap MediaTek, ia turut membuatkan usaha Huawei mendapatkan cip daripada pihak ketiga terus sukar.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami