Kerajaan hari ini telah mengumumkan inisiatif dinamakan JENDELA (Jalinan Digital Negara), dalam usaha untuk terus memperkukuh infrastruktur kesalinghubungan di Malaysia.
Seperti ramai sedia maklum, dengan implementasi Perintah Kawalan Pergerakan, permintaan untuk komunikasi secara atas-talian telah makin meningkat – apatah lagi dengan populariti kerja dari rumah, dan pembelajaran dari rumah.
Selari dengannya, kini sebuah pelan tindakan dirancang untuk terus menawarkan kualiti jalur-lebar tinggi kepada pengguna, selain menyiapkan negara untuk peralihan teknologi 5G.
JENDELA akan dilaksanakan antara 2021 hingga 2025, dan dilaksanakan secara berperingkat.
Antara yang dirancang adalah termasuk memperluaskan jalur-lebar mudah-alih 4G kepada 96.9% kawasan berpenduduk.
Pada masa yang sama, kerajaan ingin meningkatkan kelajuan jalur lebar mudah-alih dari 25Mbps kepada 35Mbps.
Kerajaan turut menyasarkan sebanyak 7.5 premis mendapat akses kepada jalur lebar talian tetap berkelajuan gigabit dalam tempoh berkenaan.
Semua ini akan dilaksanakan dalam fasa 1, sebelum fasa 2 yang akan lebih memfokuskan kepada rangkaian 5G.