Google Mengatakan Tiada Perancangan Untuk Membeli TikTok

Google Mengatakan Tiada Perancangan Untuk Membeli TikTok

Diterbitkan pada Ogos 29, 2020 oleh .

Pelbagai syarikat di Amerika Syarikat yang kini bersaing untuk mendapatkan salah satu aplikasi popular, TikTok. Antara nama besar yang terlibat dalam perbincangan berkenaan adalah termasuk Microsoft, Oracle, dan Walmart.

Sebelum ini, Alphabet, ibu syarikat Google telah diperkatakan pernah mempertimbangkan untuk membida bagi mendapatkan TikTok. – tetapi hal berkenaan tidak diteruskan.

Kini dalam sebuah temu ramah, CEO Google mengatakan Google tiada perancangan untuk mengambil-alih TikTok.

TikTok mempunyai angka pengguna remaja yang sangat tinggi, selain pengguna aktif yang meningkat dari hari ke hari. Google walaupun tidak berminat mendapatkan perkhidmatan berkenaan, namun mereka mengesahkan yang mana TikTok membayar Google untuk perkhidmatan awan Google.



TIPS & ULASAN