Carian
Kerajaan Akan Bangunkan Aplikasi Jual-Beli Atas-Talian – Saingi Lazada Dan Shopee
August 29, 2020 Aman

Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi hari ini mengumumkan yang mana mereka akan membangunkan sebuah aplikasi jualan atas-talian, sekaligus akan bersaing dengan platform sedia ada lain di pasaran – termasuk Lazada dan Shopee.

Pada hari ini, edagang telah menjadi salah satu kebiasaan dikalangan ramai pengguna untuk membeli barangan. Ini ditambah lagi dengan inisiatif dompet digital oleh kerajaan yang menjadikannya suatu norma biasa dikalangan ramai.

Kementerian masih tidak mengumumkan apakah sebab utama disebaliknya, selain apakah perancangan lanjut untuk platform baru ini. Kita mungkin akan melihat kementerian memfokuskan kepada usahawan tempatan dan koperasi terlebih dahulu untuk menggunakan platform tersebut – sebelum memperluaskannya lagi.

Dari pandangan kami sendiri, sekiranya diimplementasi dengan baik serta mempunyai angka pengguna tinggi, maka kerajaan boleh mendapatkan data corak beli-belah dan hadir dengan lebih banyak polisi yang menguntungkan rakyat tempatan.

Lazada dan Shopee yang popular pada hari ini adalah dimiliki oleh syarikat berpusat diluar negara, dan kebiasaannya data corak beli-belah dan sebagainya digunakan secara dalaman sahaja.

Komen