Pengumuman Kematian Chadwick Boseman Ialah Ciapan Dengan Jumlah Likes Tertinggi Di Twitter

Pengumuman Kematian Chadwick Boseman Ialah Ciapan Dengan Jumlah Likes Tertinggi Di Twitter

Diterbitkan pada Ogos 30, 2020 oleh .

Pelakon watak Black Panther, Chadwick Boseman meninggal dunia semalam akibat kanser kolon yang dihidapi beliau sejak 2016. Pengumuman kematian mengejut belaiu telah dilakukan menerusi akaun media rasmi awal pagi semalam. Twitter hari ini mengesahkan ciapan ini adalah ciapan dengan jumlah Like tertinggi pernah direkodkan pada platform mereka.

Ketika artikel ditulis, ia menerima 6.16 juta Like dan ciapan semula sebanyak 2.07 juta kali. Ia dengan mudah memintas ciapan Presiden Barack Obama pada tahun 2017 yang menerima 4.3 juta Like. Rekod baharu ini mengesahkan kematian Boseman benar-benar mengejutkan dunia kerana beliau tidak pernah mendedahkan tentang masalah kesihatan beliau kepada umum.




TIPS & ULASAN